REALITI
![]() |
| "Murid-murid, duk diam-diam. Kita nak ambik gambar ni. Serius sikit". |
Apa realitinya inilah 'REALITI' yang perlu diterima sama ada 'anak murid takut kepada guru atau 'guru takut kepada anak murid'. Dalam erti kata lain, merotan atau pun memukul murid menjadi satu perdebatan di mahkamah kini. Ia menjadi kes biasa di mahkamah dengan isu saman-menyaman seolah-olah dunia artis. Ibu bapa menyaman guru kerana hanya merotan anaknya. Adakah anda semua peka tentang permasalahan ini. Baru kini saya melihat realiti sebenar dunia pendidikan yang bakal dihadapi oleh saya dan bakal-bakal guru yang lain. Cabaran guru berhadapan dengan ibu bapa yang mempersalahkan guru jika anak-anak mengadu dipukul. Sedangkan guru mempunyai alasan dan sebab musabab mengapa mereka berbuat demikian. Mungkin murid berkenaan bersikap kurang ajar sehingga hormat kepada guru sudah 'melayang'. Adakah anak-anak yang diamanahkan kepada guru untuk dididik itu tidak boleh disentuh sedikit pun walau sekadar menjentik? Adakah ibu bapa dirumah mendidik anak-anak dengan cara berlembut setiap masa atau menurut sahaja kehendak mereka? Jangan sampai nanti emak bertuankan anak. Jangan biarkan rebung menjadi buluh. Bila keras, sukar dilentur. Bila besar, sukar diajar. Tika rebungnya, masa ni lah saat kita melentur, membentuk, mencorak sebaiknya. Bila dah jadi buluh, bila dilentur, tetap membendul juga. Kalau yang terkesan pun, berapa sangat.
Sayangnya, ibu bapa yang berpendidikan tinggi memandang enteng kepada guru yang amanahnya adalah mendidik. Mendidik bukan setakat mencurahkan ilmu, tetapi membentuk sahsiah diri menjadi manusia sejati.
Menjadi guru adalah untuk membentuk, melentur, mencorak si anak dengan ilmu dan nilai-nilai murni. Jika diimbau satu ketika dahulu, profesion guru amat disegani dan dihormati oleh masyarakat. Sehinggakan ibu bapa menyerahkan 100% kepada guru mendidik anak-anak mereka. Merelakan jika anak-anak ditangan-tangankan mahupun merotani mereka. Namun sekarang, kita lihat semakin maju dan terpelajarnya kelompok masyarakat itu, maka semakin jahilnya mereka. Mungkin disebabkan taraf pendidikan ibu bapa lebih advanced, maka egonya makin meninggi. Pangkat makin besar, makin tinggi egoisnya. Jika hendak dibandingkan dengan guru yang gajinya kecil tetapi ganjaran PAHALAnya pada MEMBERI sangat lumayan. Sedarlah wahai si ibu dan si bapa. Sayang seribu kali sayang, jika tidak membuka mata. Mungkin REALITI 'liar' dan 'samseng'nya anak-anak kini tidak tampak pada mata mereka. Ini hakikat kebenaran yang dapat saya kongsikan buat semua. Anda akan percaya, jika anda sendiri menceburi bidang keguruan. Di manakah nilai hormatnya pada guru. Tepuk dada, tanya iman dan fikir-fikirkanlah.
Sorotan sebagai guru praktikum
![]() |
| Buat apa ustajah ni. Snap gambar yea. Bagusnya anak-anak murid, berlakon yea.. |
Betul bagai dikata, sudah terang lagi bersuluh. Memang sukar untuk mengawal murid-murid sekarang. Kalau mereka samseng, kita pun kena jadi samseng juga. Murid-murid sekarang tidak takut kalau digertak guru. Pendekatan mendidik si 'Murid Buluh' amat sukar jika tidak kena gayanya. Kadang-kadang perlu guna amarah untuk membuatkan mereka takut pada kita.
Murid-murid tidak dengar arahan kalau cakap biasa-biasa. Kena tegas dan garang barulah mereka dengar dan ikut arahan. Ni belum lagi yang nakal-nakal. Kadang-kadang kita pun kena jadi samseng untuk buat mereka takut. Ada satu masa saya terpaksa bertindak tegas dengan menendang meja murid sebab murid-murid tak dengar cakap. Takkanlah dengan cara tu baru nak dengar kata. Penatlah.
Sepanjang hari kalau mengajar, sepanjang hari tu lah marah-marah. Tengking-tengking. Memang betul REALITI menjadi guru ni ramai yang akan cepat tua (yea kot, hehe). Lama-lama, suara boleh mengalahkan komandan. Bertentangan benar dengan perwatakan saya. Namun, itulah hakikat seorang guru. Menjadi semua watak untuk membentuk anak-anak murid yang pelbagai watak.
Hmm..apa pun kerja jadi guru ni ganjarannya besar di sisi ALLAH. Pewaris anbia', penerus dakwah. Cuma cabarannya berbeza DAHULU dan SEKARANG. Apapun, jadi guru best....!
![]() |
| haa...tak ngajar pun ni. Relief kelas..posing lebih.. |
Setakat ini dahulu post untuk kali ini dengan kesempatan masa yang singkat ni.
Wallahua'lam bissowab..







11 comments:
uish...mmg takot ngn murid2 skg..apetah ag masuk klas dajah 6 dorg sume ag besau2 dr cikgu..mane nk takut?=P
slmt mnghabeskn sisa2 praktikum
terkadang terfikir gak kaedah kekerasan sesuai x...xguna alamaknya pijak kepala plak bdk2 2.kaedah yg belajar kat kelas xde la nk praktis pn,gna je kaedah sendiri..belajar dalam mengajar.
To Bazz : Betul 2 Bazz. Murid2 skrg ni xtakut pn dgn kita. Tambah2 plak kalu kita ni sama besar dgn dieorg.
Kalau slh gaya, dipijak2nye kte. Alahai..
Hmm..x tau la cmne nak bg budak2 skrg ni betul2 faham apa ERTI HIDUP ni..
Apapun, selamat berjuang utk sisa2 praktikum ni yea..
To Azuan : Ha'a, betul gak kan. Xde pn teori yg kte bljr dlm klas diaplikasikan mse praktikum. Bkn x mau aplikasi. Tp rasa xsesuai sebab murid2 skrg ni 'ganas2' semuanya. Kalau nakal tu bkn tahap nakal biasa, tapi nakal tahap xdengar ckp. Hmm..sampaikan kdg2 nk jer 'BAGI' sebijik. Geram pn ade, sebab kta yg tergedik2 ngajar kt depan, dieorg ni terkekek2 gelak kt blkg. Sakit ati..
Kiranya buat teori sndiri la, pastu aplikasi,hehe :)
Salam Ustazah..
Ya, hakikat dan realiti mendidik di pasca modernisasi ini adalah satu cabaran yang amat besar. Kemampuan guru dalam melunakkan dan men'jinak'kan dengan displin seperti guru dahlu, sudah di perlekehkan. Jika tidak dari anak-anak tapi dari mak bapak anak-anak, yang tidak mengerti akan realiti keperluan tarbiyyah bernama pendidikan ini.
Tidak pelik jika makin lama makin banyak berlaku kemerosotan akhlaq anak muda, kerana contoh pertama (ibu bapa) gagal menjadi guru pertama yang efektif.
Apapun, Selamat mengusahakan penerapan nilai kepada anak2 ya ustazah. Ini antara medan jeehad besar di hamparan kejahilan ummah dan kebobrokan akhlaq kini.
Ulumcordova,
Cyberjaya.
Salam Ulumcordova..
betul tu, sekarang ni ibu bapa tak mengerti nilai tarbiyyah dalam keguruan sebenar. Jika mereka percaya dan menghantar anak2 mereka ke sekolah, sudah pasti mereka juga seharusnya perlu memberikan sepenuhnya amanah kepada guru2 di sekolah untuk mendidik.
Terima kasih atas ucapan ulumcordova..moga medan pendidikan ini adalah salah satu medan jihad saya. Ameen..
salam ustazah a.k.a kak ros
ustazah lg kiut dr knk2 riang 2..hehehe
walau ape pon,truskan usahamu menulis blog ini,blehla diriku ini dtg ziarah skmo..(^_^)
Salam che nor..
terimo kasih la maghi blog kak ros..
blog hok x seberapo ni..
perkongsian yg sikit tapi insyaALLAH istiqomah sokmo2.
AlhamduliLLAH.
Kiut ko? Xkiut pun. Umo berapo doh ni..
Nati mari la sokmo jale di teratak usang kak ros ni deh..nak tengok jugok adik2 kak ros komen entri2 kak ros ni.. :)
Salam.
Yang paling elok sebenarnya, bukan murid takut cikgu atau cikgu takut pada murid, tapi biar murid respek pada guru. Insyaallah, kalau cikgu pandai buat murid respek dengan cikgu, dia akan dengar kata dan faham walaupun cikgu tu sekadar menjeling sahaja..
Walau apapun, jangan cepat kecil hati dengan perangai murid-murid, tapi kena faham perangai mereka..hehe
Salam Nescafeais..
Syukran kepada saudara Nescafeais yang sudi memberi pandangan..
Ya benar seeloknya murid respek pada cikgu. Namun, disebalik respek tu biar ada sekelumit rasa takut pada cikgu. Ia juga merupakan salah satu faktor murid perlu respek pada guru. Respek maknanya meluas. Respek disebabkab pangkat, kesenioran mahupun rasa takut sebagai ibu bapa (sama dgn peranan guru). Itu pandangan sy mengenai sekelumit rasa takut dalam erti kata respek.
Syukran atas komen saudara Nescafeais.
Apapun..nanti akan jadi cikgu gak :P
Post a Comment